skbr-panitiabm.zoom-a.com

Panitia Bahasa Melayu

E-mel : skbr-panitiabm@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA-KATA ALUAN GURU BESAR | SEKAPUR SIREH KETUA PANITIA | VISI DAN MISI | AJK PANITIA BM | GURU-GURU BM SKBR | TAKWIM PANITIA | ANALISIS UPSR(BM) | GAMBAR AKTIVITI | MENGGAMIT MEMORI | FALSAFAH | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | PERSONALITI | BUKU PELAWAT | Untitled |

Glitter Words

EN AHMAD SHAHROL NIZAM

Mengajar Bahasa Melayu Tahun 5 Wibawa dan 4 Kreatif

Jejaka idaman di SKBR,tetapi jangan lupa,beliau merupakan

ayah kepada seorang puteri dan empat orang putera.Isteri beliau juga merupakan

seorang guru.Beliau seorang yang kelakar,dalam sepuluh perkataan

 yang diucapkan hanya 2 atau 3 sahaja yang boleh dipercayai.

Apabila tiba angin kus-kus migrennya,tentu beliau tak ingat dunia.He,he,....

EN WAN MUKHTAR BIN WAN ISMAIL

Jejaka idaman kedua di sekolah kami,guru serba boleh,di kelas,di padang mahupun

di pentas.Sinonim dengan kelas tahun 6,letakkan sebarang kelas pun samada

kelas belakang mahupun kelas cemerlang,beliau pasti mampu mencipta sejarah

kegemilangan Bahasa Malaysia UPSR sekolah ini.Tidak hairan lah 

pencapaian  100% dalam Pemahaman dan Penulisan telah berjaya

dilakarkan dua tahun berturut-turut.

Tahniah!

teruskan kecemerlangan ini.

PUAN FADZILAHAYATI BT JOHARI

Ketua Panitia yang penuh komited,rajin dan berwawasan.Mengajar

Bahasa Melayu Tahun 6 Wibawa dan 6 Dedikasi.Guru kesayangan kepada murid

murid Kelas 6 Wibawa.Suaminya orang PPD,wah glamor tu.Ibu kepada

4 orang puteri.Berilah kelas mana pun gerenti pertandingan keceriaan kelas,akan

beliau menangi.Tahniah,kami amat berbangga memiliki seorang guru yang begitu dedikasi

dan bersemangat.Nampaknya jawatan Ketua Panitia akan tetap dan berpencen.

EN.ISHAK BIN HASSAN

Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media kebanggaan kami.Biarpun guru cemerlang

namun tugasannya sebagai guru bahasa Malaysia tidak ditinggalkan.Sinonim dengan

kelas 4 Dedikasi.Banyak masa beliau dihabiskan di perpustakaan.Dengan kepakaran beliau juga

kerjasama daripada guru-guru,maka tidak hairanlah PSS sekolah cemerlang di peringkat negeri

malah telah beberapa kali memenangi pelbagai anugerah.Tahniah,sesungguhnya

kami amat berbangga memiliki ajk seperti cikgu .Teruskan kecemerlangan ini.

PUAN HALIMATUN SAADIAH BT ABU BAKAR

Walaupun beliau  dari sekolah menengah,namun bukan menjadi

 masalah kepada beliau untuk mengajar Bahasa Melayu

 di kelas tersebut.Menjadi ibu kesayangan kepada murid-murid tahun 2 Wibawa,

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai beliau,berkunjunglah ke rumahnya yang terletak

 di Simpang Kallang,ala.....rumah tersergam indah di sebelah

 Ratu Shima tu.....Ops....lupa pulak,kalau Puan Fadzilahayati punyai 4 orang puteri

,beliau pula punyai 3 orang putera.Hebat tu.

PUAN NOR ANANI BT OMAR

 

Bertukar  masuk dari SK Perempuan Methodist.Asalnya Opsyen Matematik,

namun begitu tiada masalah kepada beliau untuk mengajar Bahasa Melayu

Tahun 4 Wibawa.Ini kerana beliau seorang yang rajin dan penuh tanggung

jawab.Menjadi guru kelas Tahun 4 Wibawa,berasal dari Kelantan tetapi mendiri

kan rumah tangga dengan seorang guru juga dari negeri Pahang.

Mungkin tarikan negeri Pahang

yang kuat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menetap

di Pahang.Tahniah,tahniah....bertambah lagi warga Pahang.

PUAN ROHANA BT SUDIN

Mula bertugas di SKBR tahun 2005,kira-kira dah lima tahun berada

di sekolah ini.Telah berkhidmat selama 22 tahun,kira sudah banyak

asam garam,pahit maung,sedih pilu,suka duka,semuanya adalah dalam

bidang pendidikan.Biarpun seorang pesakit breast cancer,namun semangat

beliau tak pernah padam dalam mendidik anak bangsa.Semoga

terus bersemangat dalam menempuh kehidupan mendatang.Syabas

Kak Ana.Kami benar-benar kagum dengan semangat dan kekuatan

yang Kak Ana miliki.

PUAN HANA NURA BT HALIN

Mengajar Pendidikan Khas,seorang guru yang rajin dan penuh dedikasi

serta memiliki tahap kesabaran yang tinggi.Berilah apa jua tugas,

pasti dapat dibereskan dengan jayanya.

Berkulit putih melepak,sekali pandang macam warga Jepun,dua kali

pandang macam warga Korea,apa-apa pun panitia bertuah mempunyai

seorang ahli yang penuh dengan sifat -sifat kepimpinan yang tinggi.

CIK ROZAINI BT ALIAS

Satu-satunya bunga yang menjadi rebutan dalam panitia kami.

mengajar Bahasa Melayu Pendidikan Khas tahun 2 dan 4.Menjadi guru kesayangan kepada

tujuh orang murid-murid pendidikan khas.Biarpun

baru setahun jagung berada si sekolah ini namun jangan dipandang sebelah

mata.Orang kuat Program 3K,tahniah...teruskan

kecemerlangan,kami berbangga dengan kebolehan anda.

PUAN ROSFAIZAH

Seorang guru yang penuh dengan sifat-sifat keibuan.Perwatakannya

memang  sesuai untuk beliau mengajar murid-murid pra sekolah.Beliau

bukan sahaja penyayang malah cukup kreatif,rajin dan meminati seni tari.Satu

lagi keistimewaan beliau adalah memiliki suara yang boleh buat duit.Beliau

selalu diundang untuk mengacarakan majlis-majlis sama ada di peringkat

zon maupun daerah.Tahniah Ros,kami berbangga kerana anda seorang ahli

panitia yang aktif.Teruskan kecemerlangan anda.

PUAN SYAMSIAH BT SUFAR

Selalu datang awal ke sekolah.Amat komitet dengan segala amanah yang diberikan

kepadanya.Setiausaha panitia yang begitu cemerlang..Mengajar

Bahasa Melayu Tahun 2 Kreatif dan 3 Wibawa .Dalam kelembutan ada

ketegasan.Murid-murid pasti akan menyiapkan kerja-kerja sekolah

yang dibekalkan.Tahun depan boleh naik pangkat mengajar tahun 6,macamana

ok tak?Boleh aje........

PUAN NORIZA BT HASHIM

.

Orang kuat Linus di sekolah kami.Kalau sesiapa yang nak berguru

dengan beliau,any time.Setia dengan murid 1 Wibawa nya.Keceriaan

kelas pasti dalam tangan.Musim patriotik,kelas beliau turut menjadi johan,kira

sapu bersih la.Sesungguhnya panitia amat berbangga punyai ahli

yang amat komited dengan amanah yang diberikan.Guru kesayangan GPK kokurikulum,

ini kerana sebut sahaja perkhemahan,pasti beliau tonggak utamanya.

PN HASMIDA BINTI ISMAIL

Guru Cemerlang Pemulihan sekolah kami,sinonim dengan kelas pemulihannya.Mendidik

anak-anak bermasalah pembelajaran dengan penuh dedikasi.Memegang banyak

jawatan di peringkat daerah.Tempat rujukan guru-guru pemulihan

sekolah-sekolah dalam daerah Raub.Mempunyai banyak idea untuk

memulihkan murid-murid yang lembab dan bermasalah dalam pembelajaran.

Selain itu,sekolah juga berbangga kerana mempunyai seorang guru

yang memiliki suara lemak merdu.Tidak hairanlah tugas-tugas

pengacaraan untuk sebarang program di sekolah menjadi sebahagian daripada

tugas utamanya.As....sesungguhnya panitia amat berbangga memiliki seorang

guru seperti As.Terus kan kecemerlangan.

PN NORRAFIDAH BT ABDUL  RAHMAN

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah kami.Guru yang tidak pernah

kering dengan ideanya.Juga mempunyai suara yang boleh buat duit.Pendek kata

sebut sahaja majlis apa,pasti sekolah tiada masalah dalam

menyediakan pengacara majlis yang berkaliber.Tempat rujuk guru-guru

pendidikan khas.Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Menjadikan

murid-murid pendidikan khas sebagai buah hatinya.Selain itu,beliau juga

merupakan guru tatahias sekolah kami.Bilik yang daif pun jika diberikan

kepada beliau untuk di 'make up' mesti hasilnya boom.Pernah membimbing

murid hingga menjadi wakil negeri dalam pertandingan pidato

sempena Karnival KoKoria Bahasa.Tahniah adik manis.

EN MOHD ZULHAIZAF BIN YUSOF

Opsyen Pendidikan Jasmani,walau bagaimanapun sanggup mengajar

KSSR tahun 2Wibawa.Orang kuat GPK Ko kurikulum,setiausaha

sukan yang amat bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan.Susah hendak

melihat beliau mengenakan pakaian kerja,kerana hari-hari

melompat di padang bersama-sama dengan anak-anak didik

yang amat meminati Pendidikan Jasmani.Walaupun begitu eviden Bahasa

Malaysia jangan dilupakan tau.Jika tidak arif tanya dengan

Jurulatih Negeri kita Pn Shamsiah Sufar.

animasi bergerak bunga tulipanimasi bergerak bunga tulipanimasi bergerak bunga tulip

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010@Panitia BM


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: